WAKAF
Wakaf (bahasa Arab: وقف, [ˈwɑqf];
plural bahasa Arab: أوقاف,
awqāf; bahasa Turki: vakıf, bahasa Urdu: وقف)
adalah perbuatan hukum wakif (pihak yang melakukan wakaf) untuk memisahkan
dan/atau menyerahkan sebagian harta benda miliknya untuk dimanfaatkan selamanya
atau untuk jangka waktu tertentu sesuai dengan kepentingannya guna keperluan
ibadah dan/atau kesejahteraan umum sesuai syariah.
Unsur-Unsur Wakaf
Dalam
Undang-Undang Nomor 41 Tahun 2004 tentang Wakaf, unsur wakaf ada enam, yaitu
wakif (pihak yang mewakafkan hartanya), nazhir (pengelola harta wakaf), harta
wakaf, peruntukan, akad wakaf, dan jangka waktu wakaf.
wakif
(bahasa Arab: واقف [waaqif]) atau pihak yang mewakafkan hartanya bisa
perseorangan, badan hukum, maupun organisasi. Jika perseorangan, ia boleh saja
bukan muslim karena tujuan disyariatkannya wakaf adalah untuk memajukan
kesejahteraan umum dan orang nonmuslim tidak dilarang berbuat kebajikan. Syarat
bagi wakif adalah balig dan berakal.
Objek Wakaf
Objek
wakaf yang dapat diwakafkan adalah benda bergerak maupun benda tidak bergerak
yang dimiliki secaratidak bergerak dapat dalam bentuk tanah,
hak milik atas rumah, atau hak milik atas rumah susun. Sementara untuk objek wakaf
benda bergerak dapat dengan bentuk uang.
Terminologi
wakaf berasal daripada perkataan Arab “waqafa” yang bermaksud berhenti, menegah
dan menahan. Dari segi istilah, wakaf telah diberikan beberapa takrif seperti:
- Syed Sabiq (Fiqh al-Sunnah) –
Wakaf ialah menahan harta dan memberikan manfaatnya pada jalan Allah.
- Sahiban Abu Hanifah; Abu Yusuf
dan Muhammad bin Hassan – Wakaf ialah menahan ‘ain mawquf (benda) sebagai
milik Allah atau pada hukum milik Allah dan mensedekahkan manfaatnya ke
arah kebajikan dari mula hingga akhirnya.
- Dr. Muhammad Al-Ahmad Abu
Al-Nur, bekas Menteri Wakaf Mesir – Wakaf ialah harta atau hartanah yang
ditahan oleh pemiliknya sekira-kira dapat menghalang penggunaannya dengan
dijual atau dibeli ataupun diberikan sebagai pemberian dengan syarat dibelanjakan
faedahnya atau keuntungannya atau hasil mahsulnya kepada orang yang
ditentukan oleh pewakaf.
Takrif-takrif
di atas telah menunjukkan kedudukan wakaf sebagai sebahagian daripada amalan
yang dianjurkan oleh Syariah sebagaimana
firman Allah SWT:
“
|
Bandingan
(pahala) orang yang membelanjakan harta
mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai,
dan pada tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Allah
melipatgandakan (pahala) bagi setiap yang Dia kehendaki dan Allah Mahaluas
(Kurniaannya) lagi Maha Mengetahui.
|
”
|
Daripada
Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“
|
Apabila
mati anak Adam, terputus amalannya kecuali tiga
perkara; sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang
mendoakan kepadanya
|
”
|
Istilah
wakaf adalah berkait dengan infaq, zakat dan sedeqah. Ia adalah termasuk dalam
mafhum infaq yang disebut oleh Allah sebanyak 60 kali dalam al-Quran.
Ketiga-tiga perkara ini bermaksud memindahkan sebahagian daripada segolongan
umat Islam kepada mereka yang memerlukan. Namun, berbanding zakat yang diwajibkan
ke atas umat Islam yang memenuhi syarat-syarat tertentu
dan sedeqah yang menjadi sunat yang umum ke atas umat Islam; wakaf lebih
bersifat pelengkap (complement) kepada kedua-dua perkara tersebut.
Disamping itu, apa yang disumbangkan melalui zakat adalah tidak kekal dimana
sumbangannya akan digunakan dalam bentuk hangus, sedangkan harta wakaf adalah
berbentuk produktif iaitu kekal dan boleh dilaburkan dalam pelbagai bentuk
untuk faedah masa hadapan.
Sejarah
Rasulullah
SAW merupakan perintis kepada amalan wakaf berdasarkan hadis yang diriwayatkan
oleh ‘Umar bin Syaibah daripada ‘Amr bin Sa’ad bin Mu’az yang bermaksud:
“
|
”
|
Orang Jahiliyyah tidak mengenali akad wakaf yang merupakan sebahagian daripada akad-akad tabarru’, lalu Rasulullah SAW memperkenalkannya kerana beberapa ciri istimewa yang tidak wujud pada akad-akad sedekah yang lain. Institusi terawal yang diwakafkan oleh Rasulullah SAW ialah Masjid Quba’ yang diasaskan sendiri oleh Baginda SAW apabila tiba di Madinah pada 622M atas dasar ketaqwaan kepada Allah SWT. Ini diikuti pula dengan wakaf Masjid Nabawi enam bulan selepas pembinaan Masjid Quba’. Diriwayatkan bahawa Baginda SAW membeli tanah bagi pembinaan masjid tersebut daripada dua saudara yatim piatu iaitu Sahl dan Suhail dengan harga 100 dirham. Pandangan masyhur menyatakan individu pertama yang mengeluarkan harta untuk diwakafkan adalah Saidina ‘Umar RA dengan mewakafkan 100 bahagian daripada tanah Khaibar kepada umat Islam. Anaknya Abdullah bin ‘Umar RA menyatakan bahawa ayahnya telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Rasulullah SAW untuk meminta pandangan tentang tanah itu, maka katanya:
“
|
Wahai
Rasulullah, sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, dimana aku
tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal
aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah) apakah yang engkau
perintahkan kepadaku dengannya?.
|
”
|
Maka
sabda Rasulullah SAW:
“
|
Jika
engkau hendak, tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.”
“Maka ’Umar telah mewakafkan hasil tanahnya itu, sesungguhnya tanah itu tidak
boleh dijual, tidak boleh dihibah (diberi) dan diwarisi kepada sesiapa.”
Katanya lagi: “’Umar telah menyedekahkannya kepada orang-orang fakir, kaum
kerabat, hamba yang baru merdeka, pejuang-pejuang di jalan Allah, ibn Sabil
dan para tetamu. Tidaklah berdosa sesiapa yang menyelia tanah wakaf itu
memakan sebahagian hasilnya sekadar yang patut, boleh juga ia memberi makan
kawan-kawannya, tetapi tidaklah boleh ia memilikinya.
|
”
|
Sejak
itu amalan wakaf berkembang sehingga menjadi tulang belakang kepada menjadi
teras kepada pembangunan umat Islam terdahulu dan berkekalan sehingga ke hari
ini. Banyak institusi pendidikan seperti Universiti Cordova di Andalus,
Al-Azhar al-Syarif di Mesir, Madrasah Nizamiyyah di Baghdad, al-Qurawiyyin di
Fez, Maghribi, Al-Jamiah al-Islamiyyah di Madinah, Pondok Pesantren Darunnajah
di Indonesia, Madrasah Al-Juneid di Singapura dan banyak institusi pondok dan
sekolah agama di Malaysia adalah berkembang berasaskan harta wakaf. Universiti
Al-Azhar contohnya telah membangun dan terus maju hasil sumbangan harta wakaf.
Sehingga kini pembiayaan Univesiti Al-Azhar yang dibina sejak 1000 tahun lalu
telah memberikan khidmat percuma pengajian kepada ribuam pelajar Islam dari
seluruh dunia. Merekalah yang menjadi duta Al-Azhar untuk membimbing umat Islam
kearah penghayatan Islam di seluruh pelusuk dunia
Keistimewaan
Harta
wakaf dalam dioperasikan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi umat Islam
kerana ia memiliki beberapa ciri berikut:
- Keunikan wakaf pada konsep
pemisahan di antara hak pemilikan dan faedah penggunaannya. Pewakafan
harta menyebabkan kuasa pemilikan hartanya akan terhapus daripada harta
tersebut. Wakaf secara prinsipnya adalah satu kontrak berkekalan dan
pewakaf tidak boleh lagi memiliki harta itu dengan apa jua sekalipun,
kecuali sebagai pengurus harta wakaf. Secara majazinya harta wakaf adalah
menjadi milik Allah Taala.
- Wakaf adalah sedekah berterusan
yaitu bukan saja membolehkan wakif mendapat pahala berterusan, tetapi
penerima mendapat faedah berterusan. Dengan itu pihak yang bergantung
wakaf boleh mengatur perancangan kewangan institusinya dengan berkesan
untuk jangka panjang. Disamping itu pihak pewakaf tidak perlu bimbang
mungkin berlaku sabotaj seperti pengubahan status wakaf tanahnya oleh
pemerintah kerana kaedah fiqh menyatakan: “Syarat pewakaf adalah seperti
nas Syara’.”
- Penggunaan harta wakaf adalah
untuk kebajikan dan perkara-perkara yang diharuskan oleh Syara’. Oleh
tidak diwajibkan menentukan golongan yang mendapat manfaat daripada wakaf
dan memadai menyebutkan: “Saya wakafkan harta ini kerana Allah.” Ciri ini
membolehkan pengembangan harta wakaf kepada pelbagai bentuk moden
selagimana ia menepati objektif wakaf.
Syarat Wakaf
Syarat
wakaf yang menjadi syarat utama agar dapat sahnya suatu akad wakaf adalah
seorang wakif telah dewasa, berakal sehat, tidak berhalangan membuat perbuatan
hukum, dan pemilik utuh dan sah dari harta benda yang diwakafkan.
Akad
wakaf yang diikrarkan seorang wakif harus disaksikan oleh dua orang saksi dan
pejabat pembuat akta wakaf. Ikrar akad wakaf dilaksanakan dengan ikrar dari
wakif untuk menyerahkan harta benda yang dimiliki secara sah untuk diurus oleh
nadzir (orang yang mengurus harta wakaf) demi kepentingan ibadah dan
kesejahteraan masyarakat.
Macam macam Wakaf
Ulama
fikih seperti yang dinyatakan oleh Abdul Aziz Dahlan dalam Ensiklopedi Hukum
Islam (2006: 1906) membagi wakaf kepada dua bentuk:
1.
Wakaf khairi. Wakaf ini sejak semula diperuntukkan bagi kemaslahatan atau
kepentingan umum, sekalipun dalam jangka waktu tertentu, seperti mewakafkan
tanah untuk membangun masjid, sekolah, dan Rumah Sakit.
2.
Wakaf ahli atau zurri. Wakaf ini sejak semula ditentukan kepada pribadi
tertentu atau sejumlah orang tertentu sekalipun pada akhirnya untuk
kemaslahatan atau kepentingan umum, karena apabila penerima wakaf telah wafat
maka harta wakaf itu tidak boleh diwarisi oleh ahli waris yang menerima wakaf.
Komentar